Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 26 Mei 2011

Anak Kimaragang

Mohon kerjasama daripada semua warga Kimaragang agar dapat sama2 memperkenalkan laman Family Grup Kimaragang dan laman web KimaragangFM kepada sanak saudara jauh dan dekat, dalam atau luar negara agar kita sama2 menyemarakkan lagi laman dan siaran KimaragangFM Gamut Tokou ini. Sementara waktu, sebelum segmen2 diperincikan, silalah beri cadangan segmen2 yang dilihat menarik dan versatile serta sesuai dengan konsep KimaragangFM termasuklah pemilihan lagu2 global.

Buat sementara waktu juga, bahasa penghantar siaran ini dicadangkan mengikut segmen; Bahasa Dusun Kimaragang dan Bahasa Melayu. Kepada semua artis Kimaragang yang mempunyai album, anda dialu-alukan berhubung ke emel kimaragangfm@yahoo.com untuk tujuan promosi lagu dan sebagainya.

NOTA;
Siaran on air pertama KimaragangFM pada hari Rabu, 25hb Mei 2011 adalah siaran percubaan sistem radio. Walau bagaimanapun, siaran autodj masih dapat didengar 24 jam oleh pendengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan