Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Isnin, 6 Jun 2011

Gula-Gula

Bila sebut politik maka kita terpaksa akur yang dunia politik itu sebenarnya dunia pertarungan dan pertempuran. Di dalamnya terkandung strategi, bijaksana, berani, cekap, menang, kalah, kuasa, pangkat, kedudukan, duit dan segala yang bersifat dunia. Mahu atau tidak, para ahli politik tertuntut untuk mengaut elemen sedemikian sehingga akhirnya hanya dua jawapan bakal diterima; KALAH atau MENANG. Berbeza halnya sebagai rakyat. Rakyat menjadi sasaran dan buruan mereka tika musim memangkah kerana pangkahan rakyat keramat bagi mereka. Jadi, siapa kata kita tiada kuasa? Tukulan penentu di tangan kita.

Cuma, kita silap berkali-kali kerana kita tidak menggunakannya dengan amanah seperti yang dituntut setiap agama. Sogokan indah berwarna warni dari mereka membuatkan mata dan hati kita kabur hingga hilang pertimbangan dan akal waras. Sedar atau tidak, kita turut menyumbang kerosakan kerana telah melelong hak kita dengan harga secawan kopi atau sebungkus maggi. Lalu, rasakanlah sumbangan anda. Jika sekali atau dua kali barangkali kita boleh letakkannya sebagai 'belum ada kefahaman', tetapi jika berkali-kali, itu bukan lagi tidak faham tetapi sengaja menjadi perosak. Kepada pengundi-pengundi baru, jauhi diri dari menjadi perosak bangsa. Jadilah seorang wira sejati dan pejuang kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan