Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Ahad, 29 Mei 2011

Mad Kara

Bangsa Kimaragang bukan berasal dari Kara

Jika pilihanraya ke-13 berlaku tahun ini, siapakah ayam tempatan Kimaragang yang akan masuk gelanggang ? Dalam kerancakan Dusun Sabah menyambut Pesta Menuai di Dewan Hongkod, Koisaan Penampang, jangan kita lupa membaca dan menafsir mimpi kita semalam atau minggu lalu tentang PRU ke-13 yang bila-bila masa saja akan diumumkan. Tanda-tanda itu tidak harus kita biarkan begitu sahaja kerana ia sangat berkait dan hampir pada diri kita dan bumi Sabah. Kepada yang menyambut Pesta Kaamatan, diucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan. Syukur dan pujian selayaknya kita panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa kerana tidak pernah henti memberikan rezeki kepada makhluknya di seluruh alam.

Sejak kewujudan laman web Kimaragang.com di persada maya berserta pos2 pengenalan dan juga gagasan perjuangannya, ada pula individu yang bersikap kurang sopan dan tampil dengan tulisan serta penonjolan kurang beradab, seoalah-olah dia bukan dari keluarga Kimaragang. Penulis yang saya maksudkan menggunakan nama profil Mad Kara; http://www.facebook.com/profile.php?id=100001991598309&sk=wall. Pos beliau telah dibaca oleh Family Group (Sembang KIMARAGANG)

Antara ayat yang beliau gunakan; “ kaling, kamu makanlah kimaragang kamu,baintin adun,janathan kandok….” (sekadar menyebut beberapa nama). Pada mulanya saya kira mahu mengabaikan saja pos beliau ini tapi, disebabkan saya dari keluarga Kimaragang, maka saya bertangung jawab untuk membela bangsa saya yang dilihat hina di mata penulis ini. Saya ingin mengajukan satu soalan pada penulis ini. Apa benar anda dari keluarga Kimaragang ? Jika benar, maka berdasarkan apa yang anda perkatakan dalam tulisan itu, maka saya andaikan anda adalah petualang bangsa. Anda juga adalah agen perosak. Anda penderhaka bangsa dan anda musuh Kimaragang!Melihat penonjolan dan profil diri anda dalam FB, semua butiran peribadi telah anda sembunyikan termasuk gambar. Maka , anda saya sifatkan penakut dan pengecut. Anda hanya tahu melempar batu lalu menyembunyikan tangan anda. Ternyata anda bukan pejuang dan pemikir yang layak diberi bintang Kimaragang.

Cadangan saya, kepada anda dan semua keluarga Kimaragang yang marah dan tidak sependapat dengan mana-mana individu, tidak kira berkaitan pemikiran, dasar perjuangan dan sebagainya, maka bersifat telus dan tuluslah sesama kita. Jangan jadi pendekar tapi berlangkah sumbang. Jika berterusan amalan ini, maka bersedialah kita untuk menjadi makmum atau pengikut selamanya kerana kegagalan kita memberi sokongan pada imam atau ketua kita sendiri.

Akhir sekali, sebagai deejay di Kimaragangfm, bersedialah bersama saya dalam Segmen Khas Kimaragang untuk sama-sama berada di pentas minda, kerana saya akan bertanya dan anda penjawab. Ketika itu, anda tidak perlu lagi bertanya siapa saya kerana mungkin anda tertanya-tanya siapa saya yang menjawab tulisan anda.

Siaran Kimaragangfm akan diaktifkan selepas pelancarannya. InsyaAllah, pada Jun 2011. Tarikh, tempat dan masa akan diberitahu kelak. Dua segmen bakal saya kemudikan nanti antaranya; Suara Kimaragang; segmen rakaman tanpa suntingan, dan Mituturan Tokou. Bagaimanapun pengisian segmen ini masih diperhalusi dan dalam peringkat perbincangan. Semua cadangan berkaitan, jika ada akan diambilkira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan