Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Sabtu, 4 Jun 2011

Janathan Kandok, Baintin A. Halim ... ?

Janathan Kandok

Baintin A. Halim

Secara peribadi saya berpendapat bahawa semua pimpinan persatuan di Sabah yang diakari pelbagai suku, wajar mengadakan pertemuan meja bulat untuk mendapatkan persefahaman atau sekurang-kurangnya mengenali dasar, visi dan misi setiap persatuan supaya tidak berlaku prasangka-prasangka buruk antara mereka. Perkara ini penting agar kesepakatan dalam menyatakan isu-isu nasional atau antarabangsa tampak lebih terserlah dengan gabungan suara lebih ramai. Namun, apa yang kita lihat di Sabah hanyalah semata-mata pertubuhan. Jika dibandingkan pertubuhan yang wujud di semenanjung, pertubuhan mereka bukan saja aktif bahkan mampu bersuara di peringkat-peringkat lebih tinggi sekali gus terlibat dalam memberi ulasan dan pandangan pelbagai isu yang memang wajar mereka suarakan. Perkara inilah yang seharusnya dipraktikkan di peringkat kawasan-kawasan atau daerah-daerah di Sabah.

Sebagai orang Kimaragang dan orang kampung Kota Marudu , saya suka mengambil contoh daerah sendiri. Di daerah Kota Marudu wujud di dalamnya lebih daripada satu persatuan suku Kimaragang. Maka, pemimpin keduanya wajar mencari titik persefahaman antara sesama mereka kerana kepelbagaian yang seharusnya disatukan ini dilihat mengundang perpecahan oleh sesetengah penganalisa politik, akademik dan masyarakat Kimaragang itu sendiri. Kedua-dua pemimpin persatuan harus bersua muka di meja kemesraan serta bersikap terbuka agar penjelasan bagi setiap persoalan dapat difahami dan akhirnya mencapai garis persefahaman.

Saya syorkan agar pimpinan atasan persatuan yang ada ini menggalakkan pertemuan aktif para ahlinya dengan masyarakat setempat kerana sudah sampai waktunya, penjelasan kepada masyarakat kampung tentang keperluan berpersatuan diaktifkan. Jika perkara ini tidak dibuat, maka barangkali tidak keterlaluan jika saya umpamakan masyarakat yang tiada pendedahan ini akan berkeadaan seperti Si Buta yang menceritakan perihal gajah, hanya berdasarkan sentuhan mereka ke gajah ketika melawat zoo. Para ahli akademik juga harus aktif memberi sumbangan idea jika mendapati kekurangan dalam mana-mana persatuan dan tidak hanya mendiamkan diri atau membuat kritikan tanpa memberi jalan penyelesaian. Jika ini berlaku, pasti Kimaragang akan terus dilihat umum sebagai bangsa jumud dan statik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan