Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Rabu, 1 Jun 2011

Juara

Tahniah selayaknya diberi kepada pasukan tarik tali Kimaragang ini. Kemenangan ini mengejutkan banyak pihak termasuklah sesama pasukan tarik tali Sabahan lain kerana tidak menjangkau gelaran JUARA akhirnya digenggam oleh orang2 kampung. Mereka barangkali tidak seperti pasukan lain yang mendapat bimbingan jurulatih2 profesional atau bantuan pemakanan tambahan seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Setahu saya, mereka ini berasal dari kampung yang hanya berkokok irama kampungan namun disebabkan suntikan motivasi beberapa pihak yang diterajui Sanguru, akhirnya kokokan mereka memecah ruang ribuan yang bertandang di Hongkod apabila mereka menewaskan pasukan2 handalan sebelum ini.

Saya rumuskan kejuaraan mereka dengan sedikit pesanan agar kita tidak leka dan alpa selepas ini. Moga2 sesama kita akan terus ingat, ingat dan beringat serta sentiasa bersiaga.

  1. Menewaskan pihak lawan dan menjadi juara lebih mudah daripada mempertahankan kejuaraan kerana pasti akan ada saja pasukan2 baru yang muncul untuk menewaskan kejuaraan sedia ada. Maka, bersedialah bermula sekarang untuk mencari pelapis2 pengganti. Tenaga yang ada sekarang sudah menuju petang dan tenaga juga semakin berkurang.

  2. Nama Kimaragang secara langsung berada di puncak juara tarik tali negeri Sabah. Jika ke peringkat kebangsaan dengan atau tanpa status juara sekalipun, pasukan Kimaragang sudah berada dalam senarai terhebat .

Kesimpulannya, kumpulan minoriti boleh berada di atas jika bekerja ke arah kemenangan. Orang kampung terbukti boleh mengubah pemikiran kota jika membulatkan tenaga, keyakinan, semangat, perpaduan serta memberi fokus sepenuhnya tidak mengira apa jua suasana.

Akhir sekali, mari kita ambil ikhtibar dari kemenangan. Jadikan ia pembakar semangat untuk kita berkata; kami boleh, kami ingin merubah, kami mahu ke hadapan dan kami..kami..kami! syabas buat kimaragang dan pasukan 4WD Suara Anak Marudu!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan