Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Khamis, 2 Jun 2011

Nombor Satu


Ketika penghuni dunia memberi fokus kepada kejayaan-kejayaan orang-orang terdahulu, kita lupa kejayaan kita sendiri. Akhirnya, ia dilihat kecil bagaikan kuman itupun kalau terlihat. Dalam tulisan ini, saya hanya akan menyebut beberapa perkara sebagai membuka cakrawala fikiran kita. Meski saya tahu semua yang disebutkan ini berada dalam pengetahuan kita.

Mari kita lihat kampung kita, daerah, kota dan negeri kita. Apa kita sendiri telah melakar kejayaan-kejayaan khusus di wilayah Kimaragang yang seringkali saja telinga kita disumbat dengan ucapan-ucapan pemimpin yang mengesahkan wilayah kita termasuk dalam wilayah miskin, wilayah terjajah, wilayah permainan politik dan sebagainya? Fokus bicara saya kali ini menyentuh angka satu ( nombor satu) atau kalau dalam dunia sukan, diistilahkan Johan. Tempat yang menjadi rebutan semua pihak. Saya mengambil contoh paling dekat dan berkisar sekitar diri, sahabat dan saudara-saudara seKimaragang. Inilah bukti bahawa kita sebenarnya tidak jauh dari angka ini dan telahpun mencapai tempat ini dalam beberapa perkara antaranya;

1. Pembuat dan penggiat web dan radio online pertama di Sabah dikenali Utarafm, merupakan anak Kimaragang. Saudara Jasni @Rumputt berasal dari Kampung Pinggan-Pinggan Pitas, turut bertangungjawab membina beberapa laman web lain.

2. Radio online Islamik pertama Sabah dikenali Cahayafm yang mempunyai deejay-deejay tempatan, luar negeri dan luar negara diterajui anak Kimaragang iaitu Nazri @Aldusuni. Beliau juga penggiat kemasyarakatan yang tampil dengan imej Islam.

3. Pasukan tarik tali nombor satu Sabahan yang baru-baru ini dinobatkan juara negeri terdiri dari anak-anak Kimaragang , Kampung Mosolog serta diurus sendiri oleh keluarga Kmaragang iaitu saudara Sanguru.

Nah, saya hanya menyebut tiga perkara melibatkan nombor 1 sedangkan banyak lagi yang kita kuasai dan genggami kalau dikisahkan dan ditulis di sini. Saya mengharapkan agar ada pihak lain yang akan menulis selepas ini tentang nombor 1 di lingkungan wilayah Kimaragang. Tujuannya agar ia menjadi lencana kehormat buat keluarga Kimaragang supaya kita yang berada di wilayah Kimaragang ini terus berjiwa besar. Secara kasar, terbukti kita mampu menjadi nombor 1 dalam semua bidang dan secara jujur, inilah sebenarnya yang kita mahu. Kemahuan ini telah kita simpan rapi sejak sekian lama dan kelihatan tidak lagi tersembunyi walaupun ada pihak berkata TIDAK . Ia memang jelas dan tidak boleh disembunyikan dengan apa cara sekalipun, kerana semakin disembunyi semakin membengkak bahkan menanggung pedih nan kesakitan. Saya yakin, jika disatukan keupayaan dan kemampuan yang ada pada Kimaragang, pasti boleh mengubah wajah wilayah Kimaragang dalam masa singkat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan