
Saya tidak mengerti mengapa anda berasa takut dan gusar tentang dunia ini. Bukankah kegusaran melampau ini akhirnya hanya menjadikan anda bersyariat pada pelembagaan rekaan dan bertauhidkan hukum manusia? Bagaimana anda boleh membiarkan diri anda hanyut sedemikian, sedangkan anda sangat ingin melihat sinar perjuangan itu benar-benar terang,jelas dan berjaya. Jika anda masih berada di ruang lingkup ketakutan dan kegusaran dunia, maka saya terpaksa katakan bahawa anda telah membuang masa dengan melayan 'KALAU'. Dunia perjuangan ini bukan hanya opera bahkan lebih dari itu. Saya berharap anda jelas dan faham. Benar anda hebat tetapi belum mempraktisinya lagi. Benar saya kampungan, tapi saya praktikkannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan