Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 31 Mei 2011

Kimaragangfm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pihak khususnya AMT Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang dihormati. Barangkali sebelum ini ada beberapa pihak yang keliru dan salah faham akan kewujudan kimaragangfm berserta laman web Kimaragang.com lalu beranggapan bahawa Kimaragangfm merupakan milik Kimaragang.com atau sebaliknya. Oleh kerana ada yang beranggapan demikian, maka saya ingin perjelaskannya agar selepas ini tiada pihak terkeliru.

Laman web www.kimaragang.com merupakan laman rasmi bagi Pertubuhan Kimaragang Malaysia manakala Kimaragangfm pula adalah milik perseorangan Deejay Kimaragangfm sehingga kini. Memandangkan pihak AMT Kimaragang Malaysia masih belum membuat keputusan mesyuarat berkaitan permohonan Kimaragangfm untuk menjadi radio rasmi laman ini maka, pentadbiran dan pengawasannya masih lagi di bawah pegawasan Deejay Kimaragangfm -Gamut Tokou.

Keterlibatan Deejay Kimaragangfm dalam memuat naik artikel Pertubuhan Kimaragang Malaysia hanyalah dalam waktu2 tertentu sahaja terutamanya ketika pihak Presiden meminta khidmat untuk menyiarkan artikel tertentu. Walau bagaimanapun dalam masa terdekat, semua urusan berkaitan web kimaragang.com akan diambilalih sepenuhnya oleh pihak pengurusan Kimaragang.com sendiri setelah sesi latihan pengendalian laman web tamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan