Gamut Tokou

Semua pandangan dan tulisan dalam blog ini adalah milik peribadi DJ KimaragangFM – Gamut Tokou, keseluruhannya secara terbuka dan tidak didorong mana2 pihak melainkan semata-mata perkongsian untuk bangsa Kimaragang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Isnin, 30 Mei 2011

Kimaragang bukan bodoh!

Berikut merupakan pos yang dibuat oleh Sdr. George Jod Bungas.

George Jod Bungas Bungas

Masalahnya org kimaragang kurang bersatu,fakta ini sudah diketahui oleh suku kaum lain.Macam org Inggeris menjajah tanah melayu;asal jgn ganggu agama dan adat resam.Orang kimaragang pula lebih suka suku kaum lain naik jika diri sendiri tidak naik nama dia jadi calon.Suku kaum lain pula berbeza,daripada org dari suku kaum lain naik;lbh baik suku saya naik & mereka bersatu serta membuktikannya melalui undi.Itu pasal Anita Baranting menang.Maafkan saya jika fakta ini salah krn ini hanya pandangan peribadi saya yg tidak terlibat langsung dlm politik”

Pos ini mengandung isi yang mahu atau tidak, harus sama2 kita fikirkan iaitu, kurang bersatu, Anita Baranting dan politik. Pos ini juga menunjukkan bahawa pembaca dan pembicara, penganalisis serta pemerhati politik di kalangan keluarga Kimaragang bukannya tidak ada, bahkan barangkali ramai tetapi, terkekang oleh beberapa keadaan, antaranya, kurang berani, khuatir pekerjaan atau jawatan tergugat, tidak yakin, tidak keluar ke pentas umum dan tidak bekerja ke arah perjuangan. Jika ada pun, tampil mereka bermusim dan bukan berterusan. Akhirnya, kita simpulkan bahawa ketakutan, ketidakyakinan dan sifat2 yang seumpamanya terus-terusan membaluti rapi Kimaragang. Kita tidak seperti pengamal politik di Semananjung yang tidak henti bekerja 24 jam dengan mengeksploitasikan pelbagai sumber media untuk memberi gambaran sejelas-jelasnya terhadap isu-isu semasa justeru mereka mampu melahirkan pemidato yang fasih dan menguasai fakta berbanding di Sabah yang hanya memperkatakan isu2 ringan serta kemiskinan yang berpanjangan. Meskipun isu kemiskinan itu benar2 milik Sabahan, namun oleh kerana kegagalan para akademik, ahli ekonomi dan ahli politikus yang tidak memberi gambaran sebenar mengenai hal ini, maka ia kelihatan lapuk dan menyebabkan masyarakat hampir tuli dengan balingan bahasa yang menyumbat pendengaran mereka.

Para ahli berkaitan seharusnya menunjukkan jalan keluar untuk lari dari kemiskinan. Hujahi masyarakat dengan pelbagai cara mengikut tahap akademik dan kefahaman politik mereka. Bentangkan contoh2 yang berlaku sebagai bukti. Gunakanlah pelbagai pentas yang ada; melalui tulisan, forum, seminar, ceramah umum dan pelbagai lagi. Apa yang kita lihat, pentas2 ini kosong kerana tiada yang melakukannya secara terbuka. Adapun, hanya di meja bulat bersama kopi dan bicaranya sampai ke petang. Balik dari meja2 ini mata sudah terasa mahu lelap dan kita terus tidur keletihan kerana bersyarah di kedai kopi. Bukankah sudah tiba waktunya kita merubah keadaan ini? Semua pihak harus mengambil kisah perkara ini agar Kimaragang tidak lagi dicop sebagai ketam yang suka main tarik2. Inilah kelemahan kita yang bakal mengundang kemenangan mereka. Pada akhirnya, kita diterjemah sebagai golongan yang tidak punya apa2 atau bodoh.

Ingat, Kimaragang bukan bodoh! Kita ada profesor, master, peguam, doktor, jurutera, pegawai2tinggi dan macam2 istilah yang semuanya merujuk KEBOLEHAN. Bukankah apa yang kita ada sama dengan mereka? Jadi kenapa kita tidak bekerja memartabatkan Kimaragang? Nampaknya, faktor kita tidak bersatu bukan punca sebenar kita kalah dalam pertarungan tetapi, kekalahan kita disebabkan kita kurang bijak menggunakan peluang yang ada. Sikap kita yang tidak mahu bersuara sedangkan ruang sangat terbuka juga sangat menyumbang kekalahan Kimaragang. Kalau mahu berjaya, mari kita bersuara mengikut posisi setiap kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan